Sebagaimana yang kita telah pun mengetahui bahawa Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini sudah pun hampir melabuhkan tirainya... Bulan Ramadhan ini sudah pun masuk ke kategori ketiga, dengan makna lain kita sudah berada pada kategori perlepasan daripada api neraka jahannam. Marilah sama-sama kita merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amal ibadah buat bekalan kita pada hari kemudian nanti..

Sesungguhnya kita amat bertuah kerana Allah SWT masih lagi diberi peluang kepada kita seumpama ini untuk mempertingkatkan amal kepada-Nya. Janganlah kita habiskan umur kita dengan amalan yang tidak berfaedah... Memanglah benar bahawa manusia ini tidak lepas dari membuat dosa, tidak kiralah dosa besar ataupun kecil, oleh itu, betaubatlah sebelum terlambat..

10 malam terakhir ini juga terdapatnya satu malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat berjumpa dengannya. Sesungguhnya orang yang terpilih sahaja yang dapat mengenali malam ini... Marilah kita memeperbanyakkan amalan seperti memeperpanyakkan solat sunat, membaca dan menghayati Al-Quran, beri'tikaf di masjid dan sebagainya.. Walaupun sedap memperingatkan orang tentang ini, saya pun payah( susah) jugak nak buat.. Nak buat camne, iman masih lagi x kuat.. Tapi setidak-tidaknya, saya masih lagi mencuba agar dapat melakukan amalan-amalan sebegini..

Oleh itu, sebelum Ramadhan meninggalkan kita, marilah sama-sama kita bermaafan sesama kita.. Saya pun hairan jugak, apabila difikirkan, budaya bermaafan hanya dilakukan pada Hari Raya sahaja bahkan ajaran Islam meyuruh kita sentiasa bermaafan.. Janganlah kita menjadi orang yang angkuh sehunggakan bersumpah tidak akan maafkan hamba Allah tersebut... Marilah sekali lagi saya mengajak semua umat Islam agar memburu Malam yang Penuh Keberkatan ini yang mana hanya ada satu hari dalam setahun dan hanya ada pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan sahaja...

Sesuai dengan gambar di atas yang mana mengajak kita ' Jom Bertarawih ' , tidak kiralah kita buat 8 atau 20 rakaat, tetapi hati kita ikhlas mengerjakannya... Sekian sahaja buat masa ini, janganlah kita lebihkan memburu Hari Raya daripada memburu malam terakhir Ramadan... Insyaallah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita ini....









0 comments:
Post a Comment