Salam Ramadhan..
Bertemu kembali kita pada sambungan yang lepas iaitu Perkenalan. Sebagaimana yang telah saya maklum, bahawa Negara Mesir ini mempunyai keunikannya tersendiri. di sini juga mempunyai 4 musim, Luruh, Panas, Bunga dan Sejuk tetapi, pada musi sejuk tak ade salji cuma sejuk nye aje yang membuatkan saya sendiri tak tahan. Baru-baru ini, Qari dari Mesir telah dinobatkan sebagai Johan Tilawah Antarabangsa baru-baru ini.. So, tidak hairanlah jika sebahagian kesemua penduduknya boleh bertadarrus dengan suara yang merdu.. Ok, dah terlebih dari topik ni...
2. Sungai Nil
Sungai merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada penduduk di sini kerana mereka dapat menggunakan terus air daripada sungai ini.. Sungai terbentuk daripada dua lautan iaitu Laut Mediterinean dan Laut Terusan Suez.. Kita dapat lihat percampuran kedua-dua laut ini di satu tempat yang dikenali sebagai Raksu Sadr ( dalam bahasa Melayu ; Kuala ). Antara gambar yang sempat di ambil, gambar di atas sebelah kanan.. Sesungguhnya sungai nil ini terdapat pelbagai-bagai jenis ikan yang turut dapat saya nikmati ketika berada di sana. Terdapat pelbagai jenis ikan, seperti Ik
3. Maqam Imam-Imam & Tempat Menarik
Di sini juga terdapat berpuluh-puluh Maqam Imam-Imam yang terkenal seperti Maqam Imam Syafie, Imam Rafie, Syeikh Ibn Thalun, Maqam Saidina Husain ( cucu Nabi Muhammad ), Saidatina Napisah dan lain-lain lagi.. Kita tidak akan jemu jika kita dapat melawat tempat sebegini..
Tempat menarik yang saya cuba katakan ialah seperti masjid-masjid yang berunsurkan batu-batu lama seperti Masjid Al-Azhar, Masjid Husain, Masjid Abbasiah dan banyak lagi.. Juga terdapat Universiti yang mana kita semua kenal iaitu Universiti Al-Azhar ( Islam ), Universiti Mansurah ( Perubatan ) dan lain-lain lagi termasuklah pengajian qiraat, kelas bahasa dll.
Oleh itu, marilah sama-sama kita azam agar dapat luangkan masa menziarahi tempat-tempat bersejarah ini.. Ada dikalangan kita yang singgah 2/3 hari selepas pulang dari Makkah mengerjakan ibadat Umrah..
Akhir kata, Majulah Pembangunan Web dan Blog untuk Negara!
Sekian Terima Kasih...
Sumber rujukan : wikipedia dan hak mili sendiri.









0 comments:
Post a Comment