Salam Ramadhan dan salam Kemerdekaan ...
Tanggal 31 Ogos 2010 , jam 12.00 malam, tercatat lagi satu sejarah di mana kita telah pun merdeka selama 53 tahun bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu, 1 MALAYSIA, MENJANA TRANSFORMASI.
Sebagaimana yang kita tahu, kesedaran kita terhadap erti kemerdekaan semakin pudar. Saya bersetuju dengan pendapat beberapa orang yang mengatakan " Bulan ni bulan puasa, so, x yah sambut pun x pe, utamakan kewajiban ". Ya, betul, kita patut melaksanakan kewajiban kita sepenuhnya tetapi tidakkah kita sedar bahawa dengan keamanan, kesejahteraan ini yang membolehkan kita melaksanakan ibadah ini dengan tenang? Sedangkan di negara lain yang mengalami kancah peperangan sepert Gaza , Iraq dan sebagainya tidak dapat berpuasa dengan tenang kerana dibom sana-sini, hidup seperti pelarian, lari sana, lari sini, bahkan ada antara mereka yang tercedera mahupun terkorban di bulan Ramadhan ini.. Oleh itu, bersyukurlah kita dengan keamanan ini, kita dapat meneruskan ibadah puasa ini sepenuhnya..
Juga baru-baru ini, digemparkan dengan sebuah berita yang memaparkan bahawa hampir seluruh penduduk Indonesia cuba membuat mogok terhadap negara kita, dengan membakar bendera Jalur Gemilang, melempar najis keatasnya.... Tidakkah kita sayang pada simbol negara kita iaitu bendera Jalur Gemilang? sedarlah, bahawa orang luar semakin dengki dengan keamanan dan kemakmuran kita ini... Oleh itu, janganlah kita ambil mudah tentang hal yang berlaku, walaupun kita tiada kuasa untuk menyelesaikan tetapi sekurang-kurangnya, ambilah iktbar daripada kesan kejadian itu...
Sudahkah kita lupa pengorbanan para pahlawan yang berjuang habis-habisan demi membebaskan bangsa Malayu daripada penjajah ? Sesungguhnya mereka melakukan semua ini demi anak-anak generasi mereka yang mana kita dapat merasainya hingga ke hari ini...
Saya ingin bertanya sesuatu kepada para pembaca sekalian.... Adakah kita ini, masih diaanggap merdeka? Ini, kerana, zaman ini seakan tidak lagi merdeka... Maksudnya, kita seakan ditawan kembali oleh pihak penjajah dengan cara tersirat seperti penggunaan dadah, hiburan yang melampau, merempit, dan sebagainya... Saya hairan melihat kawan-kawan remaja saya sekarang ini sepertinya tidak lagi mahu merdekakan diri dengan mengambil dadah, merempit, pergi ke pusat-pusat hiburan, berlakunya penzinaan, buang anak dan sebagainya... Adakah kita tidak lagi mahu kecapi kebebasan, kerana dengan semua ini kita tidak mampu melawan dengan hasil usaha kita... Kita perlukan kekuatan dalam erti kata lain, kejayaan yang dapat melawan penjajah dari terus menjajah kita.. Tidak saya perlekehkan kawan-kawan saya yang terus bersemangat hinggakan dapat melanjut pelajaran ke luar negara...Itu tidak saya nafikan... Semoga dengan adanya insan-insan seperti ini, dapat lah lagi kita kecapi keamanan di bumi Malaysia ini...
Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan doa keHadrat Ilahi semoga dengan keamanan yang kita kecapi sekarang dapat berterusan hingga ke generasi seterunya... Insyaallah....
sekian....
Kat bawah ini adalah hasil mainan piano daripada saya yang berlagu " Jalur Gemilang ".









2 comments:
Assalamualaikum wm.wb.
Betul tu. Kalau ade musuh serang, kita wajib berperang pertahan negara, keluarga , agama dan bangsa. Wajib tu demi agama kan hah wajib!
Kemerdekaan yang dimiliki setiap individu rakyat untuk memiliki hak dan keadilan sebenarnya sebagai insan yang baik, akan mensuasanakan kemerdekaann sesebuah negara. Hati dan minda yang ikhlas dan terbuka adalah elemen kemerdekaan dan sifat kasih sayang sesama warga tanpa wasangka, dan memeterai perpaduan sejagat yang akan mengekalkan keutuhan Kemeeerdekaan.
Betul tu, Musi...
Post a Comment